Sedar tidak
sedar, sudah pun sebulan Maa meninggalkan Adiq. Sangat cepat rasanya masa ini
berlalu meninggalkan kenangan-kenangan indah kami sekeluarga.
Tadi, Adiq,
Abah dan Abe Ngoh mengemas pakaian-pakaian peninggalan arwah Maa. Adiq rasa
sedih bila lihat baju-baju yang Maa pernah pakai. Sedih rasanya....
Tidak lama
lagi, sekolah bakal dibuka semula. Sunyi akan dirasai. Mesti Adiq akan teringat
dan rindu saat-saat Maa kejutkan Adiq bangun. Saat-saat Maa gosok baju Adiq,
dan saat-saat Maa siapkan sarapan Adiq, Abah dan Asyraf...
Bermula sekolah
nanti, Adiq bakal tinggal di asrama dan bakal meninggalkan Abah di rumah.
Kesian Abah nanti. Mesti Abah akan rasa sunyi.
Itu saja yang
Adiq nak tulis. Semoga Maa tenang di alam sana.
ALFATIHAH.......
terima kasih kerana mengunjungi blog saya









No comments:
Post a Comment